Drama mini Kamen_Rider_Double

Sebagai sebahagian ciri khas bagi pelancaran DVD, satu siri filem pendek disertakan yang dikenali sebagai "Shotaro Hidari Hardboiled Delusion Diary" (左翔太郎ハードボイルド妄想日記, Hidari Shotaro Hādoboirudo Mōsō Nikki) di mana Shotaro berangan-angan mengenai apa akan berlaku jika dia, Akiko dan Ryu bertindak secara berbeza. Ia menampilkan Dopant di dalam judul DVD dengan peranan yang jauh berbeza daripada siri asal. Ia kemudian disusuli dengan para pelakon membincangkan babak kegemaran mereka dalam episod yang disertakan dalam DVD.

Judul
  1. Jika Akiko Sebenarnya Setiausaha Cemerlang (もしも亜樹子が優秀な秘書だったら, Moshimo Akiko ga Yūshū na Hisho dattara)
    • Dalam angan-angan Shotaro ini, Akiko merupakan seorang setiausaha yang lemah-lembut manakala Philip pula sangat aktif dalam agensi setelah mencari binatang peliharaan yang hilang, yang merupakan T-Rex Dopant.
  2. Jika Akiko Sebenarnya Ahli Majlis Bandaraya (もしも亜樹子が市議会議員だったら, Moshimo Akiko ga Shigikaigiin dattara)
    • Semasa sedang bertugas menyiasat kes Anomalocaris, Shotaro membayangkan kejadian serupa di mana Akiko merupakan ahli majlis bandar raya dan Philip menjadi anaknya. Cockroach Dopant muncul dan mereka bertiga mula menari.
  3. Jika Akiko Sebenarnya Orang Gaji (もしも亜樹子がメイドだったら, Moshimo Akiko ga Meido dattara)
    • Selepas kes Sweets Dopant, Shotaro membayangkan dirinya sebagai Ryubee Sonozaki manakala Akiko menjadi seorang penyiasat yang menyamar sebagai orang gaji. Tiba-tiba Philip muncul sebagai seorang penyiasat dengan gaya seorang "butler", menyebabkan kedua-duanya bergaduh dan Virus Dopant muncul sebagai pengadil mereka.
  4. Jila Akiko Sebenarnya Pencuri Bayangan (もしも亜樹子が怪盗だったら, Moshimo Akiko ga Kaitō dattara)
    • Selepas kes Arms Dopant serta setelah melihat Akiko membawa sebuah peti, Shotaro membayangkan dirinya menangani kumpulan pencuri Twin Rose yang terdiri daripada Philip dan Akiko. Walau bagaimanapun, Shotaro terlanggar meja yang menempatkan permata yang dilindunginya, menyebabkan permata itu jatuh dan bertukar menjadi Violence Dopant yang membelasah semua orang. Setelah tersedar dari angan-angannya, Shotaro mendedahkan bahawa peti tersebut sebenarnya mengandungi barang-barangnya semasa zaman kanak-kanaknya, menyebabkan Akiko dan Philip kecewa.
  5. Jika Ryu Sebenarnya Seorang Penyiasat (もしも竜が探偵だったら, Moshimo Ryū a Tantei dattara)
    • Sedang Akiko cuba memujuk Ryu untuk bekerja untuk Agens Penyiasatan Narumi selepas kes IceAge Dopant, Shotaro membayangkan apa akan berlaku jika dia dan Ryu bertukar kerja. Namun demikian, Shotaro pula menjadi pemberi maklumat seperti Santa-chan, dan setelah dia menyedari bahawa dia memiliki pistol, Bird Dopant datang sebagai pegawai polis tetapi Shotaro tertembaknya secara tidak sengaja. Setelah Shotaro sedar, dia mendapati Ryu enggan menerima tawaran Akiko walaupun ditawarkan pembayaran sehingga sepuluh kali ganda gaji Shotaro, menyebabkan Shotaro berasa terhina.
  6. Jika Akiko Seorang Penyanyi Idola (もしも亜樹子がアイドルだったら, Moshimo Akiko ga Aidoru dattara)
    • Setelah menyedari kejayaan Shotaro dan Philip muncul di kaca TV serta kejayaan Queen dan Elizabeth merakamkan single sulung mereka melalui rancangan TV Fuuuuuutic Idol, Akiko ingin mencuba nasib sebagai peserta. Maka, Shotaro membayangkan apa akan berlaku jika Akiko menjadi seorang penyanyi idola yang turut mempunyai rancangan radionya sendiri. Shotaro didatangi Akiko yang dikejar dua peminatnya iaitu Philip dan Ryu. Setelah mengadakan konsert di hangar, Akiko mengumumkan dia bakal berkahwin dengan Triceratops Dopant. Setelah Shotaro tersedar, Ryu membawa surat keputusan permohonan Akiko yang tidak melepasi kelayakan menjadi peserta, menyebabkan Akiko pengsan.
  7. Jika Akiko Sebenarnya Seorang Ahli Silap Mata (もしも亜樹子がマジシャンだったら, Moshimo Akiko ga Majishan dattara)
  8. Jika Akiko Sebenarnya Seorang "Isteri Ekstrim" (もしも亜樹子が【極妻】だったら, Moshimo Akiko ga "Gokutsuma" dattara)
  9. Jika Akiko Sebenarnya Seorang Adik Perempuan (もしも亜樹子が妹だったら, Moshimo Akiko ga Imōto dattara)